Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi Biarlah buruk kain dipakai Asal pandai mengambil hati |
Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu Murid sentiasa hormatkan guru Kerana guru pembekal ilmu |
Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa Bergotong-royong amalan yang baik Elok diamalkan setiap masa |
Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk Elok diturut resmi padi Semakin berisi semakin tunduk |
Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati Walaupun banyak ilmu di dada Biar merunduk resmi padi |
Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana Kalau kita rajin belajar Tentu kita akan berjaya |
Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci Jangan suka bercakap bohong Semua kawan akan membenci |
Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua Jika kita bersikap jujur Hidup kita dipandang mulia |
Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri Jangan mudah menyalahkan orang Cermin muka lihat sendiri |
Masuk hutan pakai sepatu
Takut kena gigitan pacat Kalau kita selalu bersatu Apa kerja mudah dibuat |
Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak Pekerjaan guru bukanlah mudah Bagai kerja menolak ombak |
Terang bulan di malam sepi
Cahya memancar kepangkal kelapa Hidup di dunia buatlah bakti Kepada ibu dan juga bapa |
Asal kapas menjadi benang
Dari benang dibuat kain Barang yang lepas jangan dikenang Sudah menjadi hak orang lain |
Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang Jikalau anak-anak bersatu hati Kerja yang susah menjadi senang |
Saturday, 6 April 2013
Contoh Pantun Nasihat
Subscribe to:
Posts (Atom)